kalendar4u.com | kalendar4u.bijak-it.com | bijak-it.com
Bijak IT Dot Com (001505462-K), Semenyih, Selangor
Dengan membuat tempahan melalui laman web ini, WhatsApp (+6017-3011263) atau email (bijakit4u@gmail.com), anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma & syarat yang dinyatakan di bawah. Syarat ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa tanpa notis awal.
1. Reka Bentuk (Design)
- 1.1 Reka Bentuk Sedia Ada (Ready Made)
Kami menyediakan katalog reka bentuk sedia ada untuk produk-produk tertentu. Pelanggan boleh memilih reka bentuk ini melalui laman web kami atau media sosial. Sesetengah reka bentuk boleh disunting (tulisan, warna, grafik, gambar) manakala yang lain mungkin tidak boleh diubah kerana faktor hak cipta. - 1.2 Reka Bentuk Custom
Kami juga menawarkan reka bentuk khusus mengikut contoh atau kreativiti pereka kami, dengan kerjasama penuh daripada pelanggan sepanjang proses reka bentuk. - 1.3 Reka Bentuk Percuma
Sah untuk pelanggan yang sudah membuat tempahan & bayaran penuh/deposit. Tidak sah untuk pelanggan yang belum membuat tempahan. Sekiranya tempahan dibatalkan selepas reka bentuk dimulakan, caj penalti RM50 akan dikenakan. Hanya fail JPG/PNG akan diberikan. Fail asal (AI/PSD) boleh diminta dengan caj tambahan RM50. - 1.4 Reka Bentuk Berbayar
Sesetengah produk/reka bentuk dikenakan caj reka bentuk tambahan (berdasarkan persetujuan). Fail penuh (softcopy & hardcopy) akan disediakan. Jika dibatalkan selepas reka bentuk dimulakan, caj penalti RM50 dikenakan. - 1.5 Suntingan & Tempoh Reka Bentuk
Suntingan tanpa had selagi pelanggan memberi kerjasama penuh. Tempoh reka bentuk bergantung kepada giliran, hari bekerja & maklum balas pelanggan. - 1.6 Pengesahan Reka Bentuk
Pelanggan bertanggungjawab menyemak detail, tulisan & gambar sebelum pengesahan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan setelah disahkan. Kami hanya bertanggungjawab jika hasil cetakan berbeza dengan apa yang telah disahkan secara rasmi (WhatsApp/email).
2. Tempahan
Tempahan boleh dibuat secara walk-in di Semenyih, Selangor atau secara online. Semua komunikasi rasmi melalui WhatsApp & email sahaja.
3. Bayaran
Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM).
Tempahan < RM1,000: Bayaran penuh diperlukan.
Tempahan ≥ RM1,000: Deposit minimum 70%, baki 30% semasa terima tempahan.
Baki mesti diselesaikan dalam masa 7 hari selepas terima tempahan.
4. Warna Cetakan
Warna pada skrin mungkin berbeza sedikit daripada cetakan sebenar kerana perbezaan teknologi (RGB vs CMYK) & kertas. Kami berusaha memastikan hasil terbaik.
5. Tempoh Siap
Reka bentuk: 1–2 hari bekerja selepas maklumat & bayaran lengkap diterima.
Cetakan: Bergantung pada jenis & kuantiti produk.
6. Penghantaran
Boleh ambil sendiri di Semenyih atau kami hantar melalui kurier.
Penghantaran percuma hanya untuk Semenanjung Malaysia.
Caj tambahan untuk Sabah, Sarawak & luar negara.
Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan semasa penghantaran (oleh pihak kurier).
7. Risiko
Kami hanya bertanggungjawab jika cetakan berbeza dengan reka bentuk yang disahkan. Kami tidak bertanggungjawab atas kesilapan pelanggan selepas pengesahan.
8. Pembatalan & Refund
Boleh batal sebelum reka bentuk dimulakan tanpa caj. Selepas reka bentuk dimulakan: Caj RM50. Selepas cetakan dimulakan: Tiada refund. Refund hanya dipertimbangkan jika ada sebab munasabah & dipersetujui.
9. Penggunaan Semula Reka Bentuk
Kami berhak menggunakan reka bentuk hasil kerja kami untuk tujuan promosi (di laman web, media sosial, pameran dsb.). Reka bentuk yang dibekalkan sepenuhnya oleh pelanggan tidak akan digunakan tanpa izin.
10. Jaminan
Kami menjamin produk berada dalam keadaan baik & seperti spesifikasi. Jika berlaku kesalahan dari pihak kami, kami akan ganti atau beri diskaun.
11. Tanggungjawab
Kami bertanggungjawab terhadap proses reka bentuk & cetakan seperti yang dipersetujui. Pelanggan bertanggungjawab menyemak & mengesahkan reka bentuk dengan teliti.
📌 Dengan membuat tempahan melalui laman web ini, anda dianggap bersetuju dengan semua terma & syarat ini. Terma & syarat boleh berubah tanpa notis. Pastikan anda semak sebelum membuat tempahan.
